05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

“NYAWA MASJID ADALAH MAJLIS ILMU”

ustsyed11

 

25 Januari 2018 / JamadilAwal 1439H (Khamis) - Meneruskan kesinambungan Ceramah Perdana setiap bulan seperti tahun-tahun yang lalu, Masjid Ar-Rahman Kuala Lumpur memberi nafas baru kepada persembahan program tersebut dengan menggunakan nama Tazkirah Malam Jumaat 1.0 @ Masjid Ar-Rahman.

Pembuka program tersebut untuk bulan Januari 2018 telah menampilkan Ustaz Syed Mohd Norhisyam Al-Idrus bagi mengupas tajuk ‘Imarah Masjid’. Program tersebut berjaya mengumpulkan 350 orang Jemaah telah bermula jam 8.00 malam. Menurut Ustaz Syed, nyawa masjid ini adalah majlis ilmu dan petugas serta AJK masjid perlu memperbanyakkan majlis ilmu di Masjid.

Ujar beliau lagi, Masjid perlu memainkan peranan yang penting bagi memastikan kesatuan ummah dijaga. Beberapa isu-isu semasa Masjid juga disentuh oleh beliau sebagai peringatan bagi memperkasakan institusi Masjid. Program berakhir jam 9.10 malam dan jamuan disediakan untuk jemaah yang hadir.

 

ustsyed1 ustsyed2
ustsyed3 ustsyed4
   

Disediakan oleh :

Masjid Ar-Rahman Kuala Lumpur &

Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6, JAWI

 

 


Cetak   Emel