MODAL BAHAGIA @ TAMAN MELATI ZON 2
![]()
26 Januari 2018 (Jumaat) – Masjid Salahuddin Al-Ayyubi dengan kerjasama Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2 JAWI telah mengadakan Kuliah Dhuha Muslimah “Modal Bahagia” yang bertempat di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi. Program yang bermula jam 8.00 – 11.00 pagi ini telah berjaya menghimpunkan seramai 200 orang muslimah Taman Melati dan penduduk sekitar Taman Ibu Kota untuk sama-sama menjayakan program ini. Antara pengisian program ialah bacaan yasin, tahlil dan doa selamat telah dipimpin oleh Ybhg. Ustaz Hamzah Hussin manakala kuliah dhuha telah disampaikan oleh Ybhg. Ustazah Dr. Rubiah K.Hamzah.
Pejabat Pentadbiran Masjid & Surau Pusat Zon 2, Bahagian Pengurusan Masjid JAWI
|
Jumlah paparan: 1579