05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

BENGKEL UPGRADE ILMU SOLAT PEMUDA KSP & KELAB MOTOR STP

upgrade2

SABTU, 20 Januari 2018 - Setelah menganjurkan Bengkel Cinta Solat Remaja KSP pada akhir Disember 2017 maka Masjid Al-Hidayah Kg. Sg. Penchala sekali lagi menganjurkan program yang sama untuk 2018. Dan untuk program kali menumpukan kepada golongan pemuda pula malah mendapat kerjasama daripada Ahli-ahli Kelab Motor STP.

 

Seramai 55 orang peserta telah mendaftarkan diri bagi menyertai program tersebut. Bengkel ini dijalankan dalam 3 slot ceramah bermula jam 8.30 pagi sehingga jam 4.30 petang yang dikendalikan oleh Ketua Imam Masjid Al-Hidayah Kg. Sg. Penchala.

Modul-modul yang diterapkan di dalam bengkel ini ialah seperti berikut :


i. Mengingatkan kembali sejarah asal usul difardhukan ibadah solat dan hikmah yang hadir dengan perlaksanaan ibadah ini.


ii. Memberi pendedahan cara-cara perlaksanaan ibadah Solat menurut mazhab Syafiyyah dan juga membahaskan beberapa perkara yang menjadi perbahasan.


iii. Mendedahkan kepada para peserta akan hikmah-hikmah yang dianugerahkan Allah apabila melaksanakan ibadah solat dan balasan keburukan terhadap mereka yang meninggalkan ibadah wajib ini termasuk memberi gambaran tentang suasana azab kubur dan sebagainya.


Maka dengan susunan modul-modul seperti berikut para peserta mampu menghayati betapa perlunya ibadah solat itu dilaksanakan tanpa mengabaikannya. 
Program Bengkel Penghayatan Ibadah Solat seperti ini akan diteruskan lagi untuk masa-masa akan datang. Dan akan dilaksanakan mengikut lapisan umur agar keselesaan, penerimaan dan interaksi diantara pembimbing dengan peserta berada ditahap yang baik. Semoga Allah mempermudahkan setiap urusan terutama di dalam mengimarahkan rumah Allah ini.

upgrade1 upgrade3
upgrade4 upgrade5

 

Disediakan oleh :

Masjid Al-Hidayah Kg. Sungai Penchala &

Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6, JAWI


Cetak   Emel