05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JANUARY SUPER WEEKEND! “Bicara ‘Fitnah Harta’ & Alunan ‘Makkah Style’@Bukit Damansara”

skarim1

20 Januari 2018 (Sabtu) – Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara membuka tirai tahun 2018 dengan penganjuran program JANUARI SUPER WEEKEND! yang dimulai dengan Ceramah Khas Bulan Januari bertajuk “Fitnah Harta..?” – Bicara Fiqh Semasa Kewangan Islam & Soal Jawab yang telah disampaikan oleh penceramah terkenal daripada negeri Johor Darul Takzim iaitu Y.Bhg. Ust. Dr. Zaharuddin Abd Rahman - Pakar Penasihat Syariah Kewangan Islam Tempatan & Antarabangsa.

Majlis bertemakan “Malam Negeri Johor” yang berlangsung selama 3 jam ini, ditaja khas dan dijayakan secara bersama oleh anak-anak Johor yang menetap di Bukit Damansara. Penceramah telah memberikan pencerahan yang sangat menarik tentang bagaimana solusi untuk menangani fitnah harta yang melanda umat Nabi Muhammad S.A.W disamping turut menjawab pelbagai isu semasa kewangan islam antaranya ialah riba, syubhah dalam pelaburan saham perniagaan serta fenomena penggunaan matawang digital & Blockchain di Malaysia. Majlis diakhiri dengan kemeriahan makan malam bermenukan makanan tradisi negeri Johor.

Selain itu, pihak masjid juga meneruskan pengisian hujung minggu yang lalu iaitu pada 21 Januari 2018 (Ahad) dengan program siri ke-2 “Qiam With Me” & “Pack The Masjid! Lets Subuh!” (Qiamullail & Subuh berjamaah beramai-ramai). Qiamullail bermula pada jam 4.30 pagi diimami oleh Imam Jemputan Khas daripada Masjid Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah (Masjid Negeri Selangor) iaitu Y.Bhg. Syeikh Abd Karim Omar Al-Makki. Beliau juga mengimami Solat Subuh berjamaah dengan memperdengarkan bacaan alunan merdu “Makkah Style” sepertimana bacaan imam-imam di Masjid Al-Haram, Makkah.

Gabungan kedua-dua program ini diakhiri dengan “Kuliah Subuh Istimewa” yang turut disampaikan oleh beliau secara santai dan penuh dengan intipati menarik, peringatan yang menyeru ke arah dakwah sesama insan. Secara keseluruhannya, kehadiran tetamu untuk kesemua program yang berlangsung selama dua hari tersebut telah direkodkan seramai 500 orang terdiri daripada VIP dan orang awam.

 

skarim2 skarim3
skarim4 skarim5

Disediakan oleh :

Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara &

Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6, JAWI


Cetak   Emel