05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

TAZKIRAH JUMAAT KETUA POLIS BALAI TTDI

jumaat3

JUMAAT, 19 Januari 2018 - Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfield Kuala Lumpur telah menghantar seorang Pegawai Polis iaitu DSP Ahmad Mohsin B. Md Radi yang merupakan Ketua Polis Balai Taman Tun Dr. Ismail Kuala Lumpur untuk menyampaikan isu-isu semasa berkaitan Keselamatan (Jenayah) kepada Jemaah Jumaat Masjid Al-Hidayah Kg. Sg. Penchala Kuala Lumpur.

Di dalam slot tersebut, beliau memaklumkan bahawa Kg. Sg. Penchala adalah dibawah seliannya dan kawalan Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail. Beliau juga memaklumkan tentang jalinan kerjasama diantara PDRM dengan Komuniti Sungai Penchala seperti Pihak Masjid, Kesatuan Rukun Tetangga (KRT) dan Persatuan Penduduk (PPKSP) ditahap yang baik dan perlu diteruskan. Hal ini mampu mengurangkan indeks jenayah terutama di kawasan Kg. Sg. Penchala.

Dalam isu keselamatan, beliau memaklumkan beberapa perkara utama yang perlu diberi perhatian. Antaranya ialah :-

i. Jenayah Siber (Cyber Crime) :

Ia berlaku melalui atas talian sama ada telefon dan sebagainya. Penipuan ini dilakukan dengan cara tersusun dan licik malah mampu menggunakan nombor telefon sebenar dari mana-mana institusi dalam negara yang hakikatnya ia adalah satu penipuan. Maka jemaah dinasihatkan tidak mendedahkan apa-apa maklumat diri dan tidak melaksanakan sebarang transaksi kewangan apabila menerima panggilan yang mendakwa daripada mana-mana institusi kewangan sebelum merujuk secara terus kepada institusi tersebut.

ii. Keselamatan Jalan Raya :

Jemaah juga dinasihatkan menjaga keselamatan diri terutamanya apabila berada diatas jalan raya. Penggunaan Topi Keledar amat-amat ditekan kepada penunggang dan pembonceng motorsikal terutamanya pembonceng kanak-kanak kerana kebanyakkan kes-kes kemalangan jalan raya mengakibatkan kepala dan tiada harapan sembuh atau hidup. Dan kes ini banyak berlaku di kawasan Kg. Sg. Penchala.

Dan lain-lain..

Begitu banyak perkongsian yang disampaikan, dan sebelum menutup bicara DSP Ahmad Mohsin meminta dan berharap para jemaah dapat sentiasa memberikan kerjasama kepada PDRM terutama di dalam membenteras jenayah di kawasan ini dengan melaporkannya ke Balai Polis TTDI atau melalui SMS/whatsapp ke nombor telefon peribadi milik beliau atau melalui aplikasi anroid yang dipanggil "Volunteer Smartphone Patrol" (VSP) yang boleh dimuatnaik melalui playstore dan sebagainya.

Terakhir beliau mengucapkan penghargaan kepada pihak Masjid Al-Hidayah atas kesudian menyediakan ruang untuk PDRM menyampaikan info-info keselamatan secara terus kepada masyarakat. Dan beliau berharap akan diberi peluang lagi untuk tujuan-tujuan seumpama ini dengan harapan kadar jenayah dapat dikurangkan.

jumaat1 jumaat2

 

Disediakan oleh :

Masjid Al-Hidayah Kg. Sungai Penchala &

Pejabat Pentadbiran Pusat ZOn 6, JAWI


Cetak   Emel