KURSUS & RAWATAN RUQYAH SYAR'IYYAH TERAPI QURANI @TAMAN MELATI ZON 2
20 Januari 2018 (Sabtu) – Masjid Salahuddin Al-Ayyubi dengan kerjasama Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2 telah menganjurkan Kursus Rawatan Islam Ruqyah Syar’iyyah : Terapi Qurani (Level 1) di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi Taman Melati Setapak Kuala Lumpur. Kurusus yang bermula jam 9.00 pagi – 5.00 petang ini telah berjaya menarik minat seramai 120 orang peserta. Tenaga pengajarnya ialah Ybhg. Ustaz Amirul Mukminin Al-Faruq (Founder Akademi Ruqyah Syariyyah Holistik-ARASH & QHI Malaysia). Antara pengisian kursus ialah tazkiyatun nafs (faktor terbesar kesembuhan), pengenalan ayat-ayat rukyah, mengenali ciri-ciri gangguan, mengenali perbezaan ciri-ciri bomoh vs perawat Islam, mengenali jenis-jenis gangguan, mengenali jenis-jenis jin, pengenalan tentang azimat, tangkal dan wafak, sesi ruqyah diri sendiri, sesi ruqyah berpasangan dan sesi ruqyah massal (beramai-ramai).
Pejabat Pentadbiran Masjid & Surau Pusat Zon 2, Bahagian Pengurusan Masjid JAWI
|