05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

UNDERSTANDING AL-QURAN : THE EASY WAY

qurqn1

13-14 Januari 2018 (Sabtu dan Ahad) - Masjid Asy-Syakirin, KLCC, Kuala Lumpur, Surau Muhsinin, KLCC, Kuala Lumpur dan PNB Perdana Hotel & Suites, Kuala Lumpur telah menganjurkan suatu program yang cukup istimewa iaitu Understanding Al-Quran : The Easy Way bertempat di Bilik Pearl, Tingkat 4, PNB Perdana Hotel & Suites, Kuala Lumpur.

Program ini bermula daripada pukul 8 pagi hingga 5 petang dan berjaya mengumpul lebih daripada 130 orang peserta terdiri daripada ahli-ahli korporat, kakitangan PETRONAS, PNB, belia dan jemaah Masjid Asy-Syakirin, KLCC, Kuala Lumpur. Program ini dikendalikan oleh penceramah antarabangsa iaitu Prof. Madya Shahidul Haque daripada University Of Chittagong, Bangladesh.

Program ini dirasmikan oleh Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan beliau menzahirkan rasa syukur terhadap program ini kerana impak dan kesan kepada masyarakat amatlah baik dan positif.

Peserta yang menyertai program ini memberi komen dan maklum balas yang cukup baik. Antaranya ialah mereka mampu memahami Bahasa al-Quran dengan mudah serta dapat mendekatkan diri kepada ALLAH. Kebanyakkan peserta yang menyertai program ini bukanlah berlatar belakang pendidikan agama secara formal. Walaupun begitu, mereka tetap bersemangat untuk mencari ilmu dan Berjaya menghabiskan program ini sehingga ke penghujungnya.

 

Kredit Foto : Badan Kebajikan Islam PETRONAS

quran3 quran4
quran5 quran6

Disediakan oleh :

Masjid Asy-Syakirin,KLCC, Kuala Lumpur

Pusat Pentadbiran Zon 3, Bahagian Pengurusan Masjid

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel