05:51
Imsak
06:01
Subuh
13:20
Zohor
16:36
Asar
19:26
Maghrib
20:37
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

TAKLIMAT PERKHIDMATAN FASILITATOR PUSAT KHIDMAT KELUARGA, SOSIAL DAN KOMUNITI DAN PENYERAHAN SURAT LANTIKAN 2018

 

 

4 Januari 2018 (Khamis) – Cawangan Pembangunan Keluarga Islam (CPKI), Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) telah mengadakan Majlis Taklimat Perkhidmatan dan Penyerahan Surat Lantikan Fasilitator Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK) bagi tahun 2018 bertempat di Dewan Jejantas Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Kuala Lumpur.

Seramai 48 orang fasilitator telah dilantik bagi tahun 2018 ini. Dengan pelantikan ini, semua fasilitator dapat memberi komitmen dalam menjalankan tugas dan amanah yang diberikan.

Operasi PKKSK telah dibuka di beberapa buah premis seperti UTC Pudu Sentral, UTC Mini Keramat, Masjid Usamah bin Zaid wangsa Maju, Surau Al-Iman Presint 9 dan Surau Al-Furqan Presint 11. Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah khidmat nasihat kekeluargaan, pegesahan salinan sijil nikah bagi pasangan suami isteri yang ingin menunaikan haji dan umrah dan prosedur Benar Nikah Online.

Sesi taklimat berkenaan Garis Panduan Pengurusan Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah disampaikan oleh Ketua (CPKI) iaitu Ustaz Zakaria bin Mohamed. Antara penekanan yang telah diberikan oleh beliau berkaitan pelantikan, tempoh lantikan, tugas dan tanggungjawab fasilitator, etika dan penampilan, pembayaran elaun fasilitator, kadar elaun dan penamatan lantikan.

Majlis tersebut telah diserikan lagi dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Penolong Pengarah (KPP, BPPK) Ustazah Sharidah binti Zainal Abidin. dan diakhiri dengan amanat dan penyerahan surat pelantikan fasilitator PKKSK yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (TPO, JAWI).

Semoga Allah S.W.T memberikan taufik dan hidayah kepada usaha kita untuk memartabatkan perkhidmatan agama di Wilayah Persekutuan khususnya perkhidmatan fasilitator PKKSK yang berdaya saing dan lebih cemerlang lagi berwibawa. 

   

Disediakan Oleh :

Cawangan Pembangunan Keluarga Islam

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 


Cetak   Emel