05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Bengkel Pengurusan Kurikulum; Memperkasa Guru Penolong Kanan Tadbiran SRA & SIRAJ Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

k 1

29 Disember 2017 / 10 R’akhir 1439H – Bahagian Pelajaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Bengkel Pengurusan Kurikulum pada 27 Disember 2017  di Dewan Hadhari Pusat Islam . Bengkel ini telah dikendalikan oleh Unit Akademik & Kurikulum dan Unit Naziran Bahagian Pelajaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Seramai 84 orang peserta yang terdiri dari Guru Penolong Kanan Tadbiran Sekolah Rendah Agama (SRA), Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) dan Pegawai Penyelaras Pusat Zon telah terlibat dengan bengkel  yang diadakan di Dewan Hadhari, Kompleks Pusat Islam.

Objektif utama bengkel adalah untuk menyelaras pengurusan kurikulum di SRA dan SIRAJ dalam perkara berikut; pelaksanaan Hadis Tahun 2, penggunaan Buku Teks dan Buku Latihan (BLA) Hadis Tahun 2, pengurusan Buku Rancangan Mengajar (BRM), Manual Pengurusan Panitia dan penyediaan Profil Sekolah. Bengkel ini telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagaian Pelajaran, Ustaz Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim dan taklimat telah disampaikan oleh Penolong Pengarah Kanan Unit Akademik dan Kurikulum , Puan Nor Asiah bt Harun dan Penolong Pengarah Kanan Unit Naziran, Puan Zarliza bt Ramli.

Diharap bengkel ini dapat diteruskan dari masa ke semasa bagi membantu memantapkan ilmu pengurusan sekolah di kalangan GPKT SRA dan SIRAJ.

k 2 k 3
k 4 k 5
k 6 k 7

Disediakan Oleh:

Bahagian Pelajaran,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel