05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Melabuh Tirai 2017@ Masjid Saidina Ali,Kg Padang Balang,Zon 2

WhatsApp Image 2018-01-01 at 7.05.33 AM

 

 

31 Disember 2017 (Ahad) - Masjid-masjid turut memainkan peranan mewarnai program sepanjang tahun 2017 untuk anak kariahnya. Masjid Saidina Ali dengan kerjasama Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2 telah menutup tahun 2017 dengan program bercorak keilmuan dalam menempuhi tahun 2018.

Program Melabuh Tirai 2017, Ceramah Khas telah diadakan di Masjid tersebut dengan menampilkan Ustaz Muhidin Mokhtar (Panelis TV 9) dan Ustaz Fazli Abd Aziz (Pengacara TV Al-Hijrah) yang bertajuk "Sambutan Tahun Baru Mengikut Acuan Islam". Program Melabuh Tirai 2017 dimulakan dengan alunan ayat suci al-Quran yang diperdengankan oleh adik Muhammad Aidil bin Senin ( Johan Majlis Tilawah al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia peringkat Kebangsaan tahun 2016 dan 2017) dan alunan Qasidah oleh imam masjid Saidina Ali KW Ustaz Hj. Mohd Nazri bin Musa. Ceramah tersebut berjaya menarik perhatian 600 anak kariah sekitar masjid Saidina Ali KW mengikutinya.

Diakhir majlis, penceramah telah turut melontarkan persoalan yang perlu dijawab oleh setiap insan sepanjang 2017 apakah telah dimanfaatkan sepenuhnya 4 perkara iaitu umur, ilmu, harta dan tubuh yang Allah anugrahkan kepada manusia. Majlis diakhiri dengan jamuan yang disediakan oleh ahli jawatankuasa Masjid Saidina Ali KW. Rata-rata anak kariah berpuas hati dengan pengisian yang penuh bermakna sebagai penutup 2017 dan sambutan tahun baru 2018.

 

WhatsApp Image 2018-01-01 at 7.05.31 AM WhatsApp Image 2018-01-01 at 7.05.33 AM 1
WhatsApp Image 2018-01-01 at 7.05.33 AM 1 WhatsApp Image 2018-01-01 at 7.05.32 AM
   


Disediakan oleh:

Pejabat Pentadbiran Masjid & Surau

Pusat Zon 2, Bahagian Pengurusan Masjid

JAWI

 

 


Cetak   Emel