05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Nasihat Azam Tahun Baru 2018 SS Mufti Wilayah Persekutuan

drzul1

31 Disember 2017 (AHAD) - Setelah menganjurkan program remaja pada hari sabtu semalam, Masjid Al-Hidayah menganjurkan pula Ceramah Perdana Ambang Tahun Baru 2018 yang disampaikan oleh Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan.

 

Antara nasihat dan pesanan Sahibus Samahah Mufti untuk azam tahun baru 2018 ini : 
- perlu azam bawa Isteri dan anak-anak ke Majlis Ilmu.
- Kebahagian sebenar terletak dalam ketaqwaan kepada Allah bukan jawatan, pangkat harta, wang ringgit dan sebagainya.
- Banyakkan duduk dalam majlis ilmu, bergaul dengan orang orang soleh.
- Jangan meringan-ringankan solat tahajjud.
- Usaha untuk datang awal ke masjid yakni sebelum masuk waktu solat.
- Iman dan ketaqwaan penyelesaian kepada segala permasalahan hidup dan mati.

 

Tambahan Datuk S.S. Mufti lagi anak-anak yang dibawa ke majlis ilmu disamping menjadi anak yang baik dan soleh-solehah, mereka akan juga menjadikan mereka berjaya dalam pelajaran disekolah. Beliau juga memuji penganjuran Bengkel Cinta Solat untuk remaja anjuran MAHSPKP baru-baru ini.

 

Ceramah yang dimulakan selepas Solat Maghrib itu dihadiri oleh lebih 250 orang ahli kariah Kg. Sg. Penchala dan sekitarnya. Majlis Ceramah Perdana Ambang Tahun Baru 2018 diakhiri dengan jamuan makan malam yang ditaja oleh individu dermawan dari Kg. Sg. Penchala selepas Solat Fardhu Isyak berjemaah yang diimamkan oleh Sahibus Samahah Datuk Mufti.

 

Mudah-mudahan segala pesanan dan nasihat ambang Tahun Baru 2018 yang disampaikan oleh Sahibus Samahah Datuk Mufti Wilayah Persekutuan itu menjadikan tahun 2018 lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

DRZUL2 DRZUL3
DRZUL4 DRZUL5

 

Disediakan oleh :

Masjid Al-Hidayah Kg. Sg. Penchala Kuala Lumpur &

Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6, JAWI.

 


Cetak   Emel