05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Bengkel Cinta Solat Remaja KSP

SOLATT1

30 Disember 2017 (Sabtu) - Sebagai menutup tirai Cuti Persekolahan Tahun 2017 Masjid Al-Hidayah Kg. Sg. Penchala (KSP) Kuala Lumpur telah menganjurkan Program Bengkel Cinta Solat Remaja KSP dengan jayanya. Penyertaan peserta pada mula terhad kepada 50 orang sahaja, namun atas permintaan ramai dari ahli kariah maka penyertaan seramai 82 remaja lelaki dan perempuan. Ceramah disampaikan oleh Naqib/Ketua Imam MAHSPKL dengan 3 Modul yang telah disusun yang diselang selikan dengan tayangan video yang menginsafkan dan dibantu oleh AJK Masjid/ AJK HELWA, IMAM Ratib dan Pemuda Masjid sebagai fasilitator.

Objektif penganjuran program ini ialah memberi pendedahan kepada remaja tentang sejarah solat secara menyeluruh seterusnya menyedari kepentingan menunaikannya, dapat melahirkan perasaan Cinta terhadap ibadah Solat & sentiasa menjaganya, memberi Motivasi kepada para Remaja untuk membentuk diri kearah lebih baik dan terakhir program ini dianjur untuk mendekati golongan remaja & menanamkan minat mendekati masjid.

Program Bengkel Cinta Solat ini mendapat tajaan daripada para dermawan antara Faidu Rahmah, Marhani Catering, LN Catering dan juga mendapat sumbangan Air Minuman Berkorbinat dari Global Ikhwan Sdn. Bhd.

Program ini dianjurkan secara santai dan penuh dengan ilmu yang sangat bermanfaat bukan sahaja untuk remaja, ia juga buat kita golongan dewasa. Insyaa Allah, akan datang Bengkel Cinta Solat Pemuda KSP & Bengkel Cinta Solat Ibu-Ibu KSP.

 

SOLATT5 SOLATT6
SOLATT2 SOLATT7
SOLATT11 SOLATT22

 

Disediakan oleh :

Masjid Al-Hidayah Kg. Sg. Penchala Kuala Lumpur &

Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6, JAWI.

 

 


Cetak   Emel