05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Asas Bahasa Isyarat

 
Isyarat1

 

28 Disember 2017 I 9 Rabi’ulakhir 1439H – Bahagian Pengurusan Dakwah melalui Cawangan Hadhari dan Kefahaman Islam dengan kerjasama Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (PRISMA) telah berjaya menganjurkan Kursus Asas Bahasa Isyarat  pada 27 Disember 2017 (Rabu) bertempat di Dewan Jejantas JAWI, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Para peserta terdiri daripada pegawai dan kakitangan JAWI dari pelbagai bahagian serta kakitangan Baitulmal MAIWP telah menyertai kursus tersebut. Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Yusof bin Mamat, Timbalan Pengarah Operasi JAWI. Turut hadir, YBrs. Tuan Kamaldin bin Mohd Damin, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI serta Encik Marzuki Ong bin Maliki Ong, Yang Di-Pertua PRISMA.

Menariknya, kursus ini disampaikan oleh tenaga pengajar OKU Pendengaran daripada PRISMA sendiri iaitu Encik Marzuki Ong bin Maliki Ong, Yang Di-Pertua PRISMA dan Encik Mohd Azhar Bin Ismail, Timbalan Yang Di-Pertua PRISMA. Kursus ini dibahagikan kepada tiga (3) slot, iaitu Asas Bahasa Isyarat, Bahasa Isyarat Komunikasi dan Istilah Syarak Bahasa Isyarat.

Diharapkan program seumpama ini dapat memberi pendedahan kepada peserta kaedah-kaedah bahasa isyarat khususnya istilah-istilah syarak sebagai medium interaksi sosial dengan golongan istimewa ini seterusnya melahirkan pelapis yang dapat membantu menyebarkan dakwah dan memberi kefahaman Islam kepada OKU Pendengaran agar dakwah Islamiah dapat disebarluaskankan tanpa meminggirkan mana-mana golongan dalam kelompok masyarakat. 

 

Isyarat2 Isyarat3
Isyarat4 Isyarat5
   

Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel