05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Penutup Program Jom Mengaji & Tahsin Solat

TUTUP1

21 Disember 2017 (Khamis) - Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah, Kg. Sungai Penchala, Kuala Lumpur telah mengadakan Majlis Penutup Program Jom Mengaji dan Tahsin Solat yang diadakan bermula pada 4 Disember 2017 yang lalu dan berakhir pada hari ini.

 

Program ini disertai oleh 38 orang kanak-kanak berumur antara 7 sehingga 12 tahun yang berlangsung selama 3 minggu. Sepanjang program, para peserta telah dibekalkan dengan modul berbentuk Program Pengajian Al-Quran, Tahsin Solat, Tauhid, Akhlak dan Program Riadah.

 

Dalam majlis ini, para peserta telah diraikan dengan penyerahan saguhati dan sijil penyertaan kepada mereka. Para peserta juga telah menyampaikan nasyid secara beramai-ramai hasil latihan oleh 4 orang tenaga pengajar yang terlibat dalam menjayakan program ini. Pihak masjid mendoakan semoga dengan ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian mereka.

 

TUTUP2 TUTUP3
TUTUP4 TUTUP5

 

Disediakan oleh :

Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah, Kg. Sungai Penchala, Kuala Lumpur &

Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6, JAWI.


Cetak   Emel