05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

171 Huffaz sertai Majlis Saringan Hafazan al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan 1439H/2017M

 
saringhafazan20181

 

14 Disember 2017 | 25 Rabiulawwal 1439H  Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan Majlis Saringan Hafazan Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1439H/2017M bertempat di Dewan Jejantas, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Majlis saringan yang diadakan selama 3 hari bermula 11 hingga 13 Disember 2017 itu bermula seawal jam 9.00 pagi dan telah dimulakan dengan sesi tasmik bagi kategori Juzuk 1-10 diikuti dengan saringan bagi kategori Juzuk 1-20 juzuk dan Juzuk 1-30 pada 12 Disember 2017 seterusnya sesi saringan bagi peserta kategori Juzuk 1-10 yang telah melepasi sesi ujian tasmik.

Seramai 171 orang huffaz al-Quran dari sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menyertai majlis saringan hafazan al-quran pada kali ini. Sebanyak tiga (3) kategori dipertandingkan iaitu kategori 1-10 juzuk, 1-20 juzuk dan 1-30 juzuk. Mereka yang berjaya akan layak untuk menyertai Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan tahun 1439H.

Sesi tasmik bagi kategori Juzuk 1-10 telah diadili oleh pegawai dari Bahagian Pengurusan Dakwah iaitu Tuan Haji Abdul Halim bin Zakaria, Ustaz Mohd Sharif bin Khairul Anuar, Ustaz Mohd Izani bin Ibrahim dan YM Tengku Nur Hasif bin R. Abd. Rashid. Manakala hakim bagi sesi saringan hafazan kali ini ialah Ustaz Amru Alhaz bin Adnan, Imam Masjid Negara, Ustaz Abd Malek bin Abd Manaf dan Ustaz Zaki bin Abdul Rahman dari Darul Quran, JAKIM, serta Ustaz Ahmad Mujahid bin Salleh Sani dari Maahad Tahfiz Darul Furqan, Padang Balang, Sentul. Majlis Tilawah & Hafazan al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan tahun 1438H/2017M akan diadakan pada Februari 2018 bertempat di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan tahun 1438H/2017M.

 


saringhafazan20182 saringhafazan20183
saringhafazan20183 saringhafazan20185
   

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah


Cetak   Emel