05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Saringan Tilawah Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Zon A dan Zon B) 1439H/2017M

 
saringtilawah20181

 

 

21 Disember 2017 | 2 Rabiulakhir 1438H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan Majlis Saringan Tilawah Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Zon A dan B) Tahun 1439H/2017M bertempat di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

 

Majlis saringan yang diadakan selama 3 hari dimulakan dengan sesi tasmik bagi Zon A pada 18 Disember 2017, diikuti oleh Zon B pada 19 Disember 2017, manakala sesi saringan bagi Zon A dan B diadakan serentak pada 20 Disember 2017 dengan penyertaan seramai 20 orang qari dan qariah yang melepasi tahap ujian tasmik.

Uniknya, majlis saringan pada kali ini turut disertai oleh qari dan qariah dari pelbagai latar belakang dan peringkat umur. Mereka yang berjaya akan layak untuk menyertai Majlis Tilawah & Menghafaz Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1439H yang dijangka akan dianjurkan pada Februari 2018.

Majlis saringan tilawah kali ini telah diadili oleh Tuan Haji Ab. Aziz bin Mohd Nor (Hakim Tajwid), dan 3 orang hakim yang pernah mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa iaitu Tuan Haji Muhammad Anuar bin Ghazali (Hakim Tarannum), Tuan Haji Amirahman bin Haji Abbas (Hakim Fasahah) dan  Tuan Haji Ahmad Tarmizi bin Haji Ali (Hakim Suara).

Terdahulu, majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh, Pengarah JAWI. Turut hadir, YBrs. Tuan Kamaldin bin Mohd Damin, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI dan YBrs. Encik Azhar bin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan JAWI. Keputusan peserta terbaik telah diumumkan oleh YBrs. Tuan Kamaldin bin Mohd Damin selaku Ketua Jemaah Hakim bagi majlis saringan pada kali ini dan keputusan adalah seperti berikut:

Peserta Terbaik Zon A:

  • Qari: En. Hassan Adli bin Yahya @ Yahuza
  • Qariah : Puan Noorul Hasliza binti Ahmad

 

Peserta Terbaik Zon B:

  • Qari: Encik Nur Aslam Faiz bin Othman

 

JAWI mengucapkan tahniah kepada peserta terbaik, dan diharapkan majlis seperti ini dapat menjadi landasan untuk memartabatkan syiar Islam dengan membudayakan pembacaan al-Quran sekaligus mengajak masyarakat turut sama menghayatinya.

saringtilawah20182 saringtilawah20183
saringtilawah20184 saringtilawah20185
 saringtilawah20186  saringtilawah20187

Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel