05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Pengajian Akbar Peristiwa Akhir Zaman : "Kiamat Hampir Tiba"

tiba1

Sabtu - Ahad, 16 - 17 Disember 2017 - Masjid al-Hidayah Kg. Sg. Penchala dengan penganjur Utama iaitu Galeri Ilmu Sdn Bhd menganjurkan Pengajian Akbar Peristiwa Akhir Zaman : "Kiamat Hampir Tiba" yang dipimpin oleh Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari.

Pengajian yang dianjurkan secara talaqqi ini dilaksanakan dengan 3 sesi pada hari pertama dan kedua iaitu sesi pertama 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari, sesi kedua 5.00 petang hingga 7.00 malam dan sesi ketiga 7.45 malam - 9.00 malam. Menariknya selepas Zohor iaitu jam 2.30 petang hingga jam 4.30 petang diselitkan Ceramah Rukyah & Terapi Solat Yang disampaikan Oleh Ustaz Abdul Halim Zakaria, Pengamal Pengubatan Syifa' merangkap Panel Kaunseling Syar'ie JAKIM.

Di dalam Pengajian Akbar ini, peserta dapat mempelajari 42 Hadith yang mengisahkan tanda-tanda akhir zaman & peristiwa yang bakal berlaku sebelum terjadinya Hari Qiamat. Peserta juga didedahkan kisah Imam Mahdi alaihissalam, Dajjal Laknatullah & Nabi Isa alaihissalam secara terperinci dan panjang lebar. Sebelum sesi pengajian berakhir, Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi menghuraikan kitab kecil beliau Bekalan Akhirat yang mengandungi Zikir, Wirid & Doa seterusnya mengijazahkan Amalan-amalan tersebut kepada para peserta yang hadir.

Pengajian Akbar berjalan dengan baik dan teratur, malah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada 426 orang peserta berdaftar (untuk penempatan, makan dan lain2 kemudahan) dan dijangka seramai hampir 200 orang tidak berdaftar. Kehadiran peserta adalah dari kawasan Lembah Klang dan dari negeri-negeri jiran seperti Melaka, Negeri Sembilan dan lain-lain.

Program Pengajian Akbar berakhir dengan sesi bergambar peserta Pengajian Akbar bersama Tuan Guru dan juaa barisan urusetia. Mejoriti peserta amat gembira dengan penganjuran Pengajian Akbar ini dan berharap agar ianya dapat diteruskan untuk masa-masa akan datang.

tiba111 tiba2
tiba3 tiba4

Disediakan oleh :

Masjid al-Hidayah Kg. Sg. Penchala, Kuala Lumpur &

Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6, JAWI.

 

 


Cetak   Emel