05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

"Mencintai Nabi Muhammad SAW Suatu Kewajipan”

maulidtaqwa1

 

16 Disember 2017 (Sabtu) - Masjid At-Taqwa TTDI telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidurrasul 1439H bagi mengingati ulangtahun kelahiran Baginda Agung Kekasih Allah Nabi Muhammad SAW.Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci AlQuran oleh Ybhg. Ustaz Mohd Taha bin Hassan Azhari dan ucapan perasmian oleh Ybhg Tan Sri Dato’ Sri Abi Musa Asa’ari (Pengerusi Masjid At-Taqwa).

Kemudian dihangatkan lagi dengan bacaan mawlid oleh Kumpulan Ahbabul Habib seterusnya berselawat beramai-ramai kepada Baginda Nabi Muhammad Saw. Ceramah yang bertajuk “Mencintai Nabi Muhammad Saw Suatu Kewajipan” telah disampaikan oleh Alfadhil Sheikh Abu Zaki b Yusuf Assanggafuri, Bahawa beliau adalah Mantan Imam Besar Masjid Sultan & Masjid Maqam Habib Nuh Singapura. Dan pernah bermastautin di Tareem Hadramawt Yaman.

Seramai 400 orang yang hadir termasuk muslimin dan muslimat yang memeriahkan Majlis Sambutan Maulidurrasul pada pagi itu. Semoga semua yang hadir dan kita semua mendapat Syafaat Baginda Nabi Saw diakhirat kelak dengan memperbanyakkan selawat, Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad!

maulidtaqwa2 maulidtaqwa3
maulidtaqwa4 maulidtaqwa5

Disediakan oleh :

Masjid At-Taqwa, TTDI &

Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6, JAWI.

 

 


Cetak   Emel