05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Remaja Sungai Penchala Berkampung Di Hulu Langat

remaja11

10 Disember 2017 (Ahad) – Masjid Jamek Tengku Abdul Shah, Kg. Sungai Penchala, Kuala Lumpur, Masjid Al-Hidayah, Kg. Sungai Penchala, Kawasan Rukun Tetangga Sg. Penchala dan Persatuan Penduduk Kg. Sungai Penchala telah menganjurkan Kem Bina Insan Remaja yang diadakan pada 8 – 10 Disember 2017 di D’Airis Homestay, Sg. Lui, Hulu Langat, Selangor.

Program selama 3 hari 2 malam telah berjaya menarik minat 64 orang remaja Kg. Sungai Penchala yang berumur antara 13 hingga 17 tahun untuk menyertainya. Antara pengisian program adalah seperti Slot Motivasi yang disampaikan oleh Ust. Zulkifli Makhtar (Pegawai Hal Ehwal Islam JAWI) dan Ust. PU Mohd Suhaimi Mohd Yunus. Slot Ceramah Keselamatan juga turut diadakan yang disampaikan oleh Tuan Ahmad Mohsin (Ketua Polis Balai TTDI, Kuala Lumpur).

Selain itu, para peserta turut diraikan dengan aktiviti solat berjemaah, Kuliah Subuh, aktiviti sukan, ‘Night Walk’, ‘Treasure Hunt’ dan lain-lain lagi.  Program berakhir dengan penyampaian sijil dan cenderahati kepada individu serta kumpulan peserta terbaik. Semoga para peserta terus istiqamah dengan ilmu dan pengalaman yang diperolehi untuk menjadi seorang remaja yang cemerlang di dunia dan akhirat.

remaja22 remaja33
remaja44 remaja55

Disediakan oleh :

Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah, Kg. Sungai Penchala,

Masjid Al-Hidayah, Kg. Sungai Penchala &

Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6, JAWI.

 


Cetak   Emel