05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI Turun Padang Jelaskan Isu Perkahwinan Kepada Mahasiswa

1

10 Disember 2017 (Ahad) – Satu program “Penerangan Prosedur dan Isu-Isu Perkahwinan, Perceraian dan ruju’ kepada Mahasiswa” anjuran bersama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Masjid Ar-Rahman, Jalan Pantai Baru Kuala Lumpur dan Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Iniversiti Malaya telah diadakan di Dewan Seminar Masjid Ar-Rahman Jalan Pantai Baru Kuala Lumpur.

 

Seramai 80 orang mahasiswa terdiri daripada pelbagai latar belakang jurusan hadir dalam program ini antaranya jurusan Syariah dan Undang-Undang. Program bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Ceramah Khas bertajuk Cinta Kampus telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Hariri bin Mohd Daud dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Program diteruskan lagi Forum Isu-Isu Nikah, Cerai dan Ruju’ yang telah dikelolakan oleh moderator Ustaz Mohd Abd Nasir bin Abdullah dari JAWI. Dua orang ahli panel jemputan yang telah menjayakan forum tersebut terdiri daripada Ustaz Hazman bin Hashim, dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI dan Tuan Saifullah bin Hamzah dari Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP).

 

Program ini telah dirasmikan oleh Ustazah Sharidah binti Zainal Abidin, Ketua Penolong Pengarah (KPP), Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, JAWI mewakili Dr. Abdul Ghaffar bin Surip, Ketua Penolong Pengarah Kanan, BPPK. Turut hadir Ustazah Nazihan binti Idris, Penolong Pengarah Kanan, BPPK dan Ustaz Mohd Firdaus Rosli, Ketua Imam Masjid Ar-Rahman.

 

Objektif program adalah untuk mendedahkan kepada mahasiswa tentang prosedur perkahwinan di Wilayah Persekutuan, memberi penjelasan kepada mahasiswa tentang kepentingan sesuatu perkahwinan itu dilakukan megikut hukum syarak dan peraturan yang ditetapkan serta menyalurkan maklumat terkini kepada mahasiswa tentang isu perkahwinan, perceraian dan ruju’.

 

Sambutan yang amat menggalakkan daripada mahasiswa menunjukkan mereka memerlukan pendedahan terhadap isu-isu realiti berkaitan perkahwinan, perceraian dan ruju’ selain dapat dikaitkan dengan bidang pembelajaran terutama bagi mahasiswa yang mengambil jurusan Syariah dan Undang-Undang.

 

Semoga kerjasama yang erat antara agensi kerajaan, institusi masjid dan mahasiswa akan memberi manfaat yang besar terhadap pembangunan masyarakat.

2 3
4 5
6 8
9 10

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 


Cetak   Emel