MAJLIS PENUTUP KEM SMART SOLAT @ PEKAN SENTUL PASAR
![]()
7 Disember 2017 ( Khamis ) – Sempena cuti sekolah akhir tahun Masjid Al-Hidayah Sentul Pasar dengan kerjasama Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2, telah mengadakan Majlis Penutup Kem Smart Solat 2017 di dewan solat utama Masjid Al-Hidayah. Kem ini yang bermula pada 27 November 2017 - 7 Disember 2017 telah berjaya menarik minat anak-anak yang berumur 12 tahun ke bawah dari kariah Masjid Al-Hidayah seramai 150 orang. Antara pengisian yang telah disediakan sepanjang program ini ialah memperkemaskan cara solat, penjagaan kesihatan, lawatan sambil belajar di Planetarium Negara, bersukan seperti memanah dan lain-lain. Dengan ada program seperti ini dapat melahirkan modal insan yang berjaya di dunia mahupun akhirat. Majlis Penutup Kem Smart Solat Masjid Al-Hidayah ini telah dirasmikan oleh Ybhg. Ustaz Abuzar bin Zainudin Ketua Imam Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul.
Pejabat Pentadbiran Masjid & Surau Pusat Zon 2, Bahagian Pengurusan Masjid JAWI
|