05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Pembentangan SKT 2018 Pusat Zon 6 JAWI

pz611

11 Disember 2017 (Ahad) - Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6, JAWI telah mengadakan Bengkel Pembentangan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) untuk tahun 2018. Bengkel diadakan di Pejabat Pentadbiran yang dihadiri oleh semua pegawai-pegawai masjid yang bernaung di bawah Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6 seramai 38 orang termasuk Penyelaras, Penolong Penyelaras dan semua pegawai.

Bengkel SKT dimulakan dengan pembentangan dari Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6 yang disampaikan oleh Y.Bhg. Ustaz Hazman Che Mohamad, Penyelaras Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6. Bengkel diteruskan dengan pembentangan dari 11 masjid naungan Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6 serta Surau Istana Negara Lama.

Bengkel berakhir dengan sesi bergambar dan para pegawai menikmati juadah yang disediakan. Semoga dengan perancangan yang telah disediakan dipermudahkan oleh Allah SWT untuk dilaksanakan.

pz61 pz62
pz63 pz64

Disediakan oleh :

Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6, JAWI.

 


Cetak   Emel