05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI Ziarah Komuniti PPR Sungai Bonus Sempena Maulidur Rasul

 
Bonus1

 

10 Disember 2017 | 21 Rabi’ul Awwal 1439H (Ahad) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan melalui Cawangan Hadhari & Kefahaman Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah telah melaksanakan Ziarah Komuniti Sempena Sambutan Maulidur Rasul di PPR Sungai Bonus, Setapak, Kuala Lumpur pada 10 Disember 2017 (Ahad) bermula jam 8.00 pagi sehingga 2.00 petang.

Tujuan program ini dilaksanakan adalah sebagai satu usaha dakwah mendekati masyarakat dengan lebih berhikmah dan bijaksana melalui pendekatan turun ke lapangan. Antara pengisiannya ialah Selawat  daripada Jemaah Surau Nurul Huda PPR Sungai Bonus, persembahan marhaban Muslimat Surau Nurul Huda, alunan bacaan al-Quran oleh Qari Jemputan, Tuan Haji Abdul Satar, serta Ceramah Perdana Sempena Sambutan Maulidur Rasul oleh Al-Fadhil Ustaz Zaidi Bin Ramli, Timbalan Yang Di-Pertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan tajuk ”Rasullullah  Uswatun Hasanah Kearah Kesatuan Ummah”.

Selain itu, sumbangan barang keperluan kepada penduduk turut disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Abdul Halim bin Zakaria, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI.

 

Melalui program ini Bahagian Pengurusan Dakwah berharap agar masyarakat dapat bersama-sama merasai tanggungjawab bagi melaksana tuntutan Islam dan kemasyarakatan serta membuktikan komitmen JAWI menyantuni semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang.

 

Bonus2 Bonus3
Bonus4 Bonus5
   
   

Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel