05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

5 Individu, 7 Organisasi Terima Anugerah Maulidur Rasul 1439H/2017M

MR17.1

8 Disember 2017 I 19 Rabi’ul Awwal (Jumaat) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1439H/2017M pada 8 Disember 2017 (Jumaat) bertempat di Dewan Muktamar, JAWI, Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana, Kuala Lumpur.

Majlis yang bermula pada jam 8.30 pagi itu turut menghimpunkan lebih 1,000 peserta yang terdiri daripada kakitangan kerajaan, swasta, badan beruniform, wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam.

Terdahulu, majlis perasmian dan penyampaian anugerah Maulidur Rasul telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim. Turut Hadir, YBhg. Datuk Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Dasar Jakim,  YBrs. Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh, Pengarah JAWI, YBhg. Tan Sri Dato’ Syaikh Haji Ismail bin Haji Muhamad, Imam Besar Masjid Negara.

Kemuncak sambutan ini ialah penyampaian anugerah kepada 12 penerima yang merangkumi lima (5) orang penerima Anugerah Maulidur Rasul bagi Kategori Individu dan tujuh (7) penerima anugerah bagi Kategori Organisasi. Butiran penerima anugerah dan hadiah adalah seperti berikut:

BIL.

ANUGERAH

NAMA PEMENANG

BENTUK HADIAH

1.

KATEGORI INDIVIDU

YBhg. Datuk Haji Che Mat bin Che Ali

·    Wang tunai RM3,000

·     Kitab Matla’ Al-Badrain sumbangan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

·    Trofi anugerah

·     Sijil penghargaan

2.

Puan Rokiah binti Ibrahim

3.

Encik Mohd Marngi bin Wasim

4.

Puan Harziah binti Ghazali

5.

Encik Aqlam bin Jafri

KATEGORI ORGANISASI

1.

Anugerah Masjid Terbaik

Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur

·    Wang tunai RM1,000

Anugerah Surau Jumaat Terbaik

Surau Al-Furqan, Presint 11 Putrajaya

3.

 Anugerah Surau Projek Perumahan Rakyat (PPR)

Surau As-Solihin Perumahan Polis Desa Tasik

4.

Surau Al-Hijrah PPR Pantai Ria

5.

Surau Muhajirin Perumahan Awam Desa Rejang

6.

Surau Al-Firdaus PPR Hiliran Ampang Blok A

7.

Surau Sakinah PPR Gombak Setia

Di samping itu, antara pengisian program yang turut dimuatkan sepanjang majlis tersebut ialah ceramah oleh Al-Fadhil Ustaz Mohamad Zarifi bin Mohamad Daud, Pegawai Tugas-tugas Khas Ketua Pengarah Jakim dengan tajuk ‘Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara’. Majlis turut diserikan dengan persembahan nasyid oleh Kumpulan UA Nuqman dari Universiti Malaya, persembahan qasidah serta tayangan video penerima Anugerah Maulidur Rasul 1439H/2017M.

Menariknya, penganjuran program pada kali ini turut diterjemahkan ke dalam bahasa isyarat oleh Puan Hafidah binti Awaluddin, juru bahasa isyarat daripada Persekutuan Orang Pekak Malaysia.

MR17.2 MR17.3
MR17.4 MR17.5
 MR17.6  MR17.7
 MR17.8  MR17.9

Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

8 Disember 2017 I 19 Rabi’ul Awwal (Jumaat) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1439H/2017M pada 8 Disember 2017 (Jumaat) bertempat di Dewan Muktamar, JAWI, Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana, Kuala Lumpur.

Majlis yang bermula pada jam 8.30 pagi itu turut menghimpunkan lebih 1,000 peserta yang terdiri daripada kakitangan kerajaan, swasta, badan beruniform, wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam.

Terdahulu, majlis perasmian dan penyampaian anugerah Maulidur Rasul telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim. Turut Hadir, YBhg. Datuk Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Dasar Jakim,  YBrs. Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh, Pengarah JAWI. YBhg. Tan Sri Dato’ Syaikh Haji Ismail bin Haji Muhamad, Imam Besar Masjid Negara.

Cetak   Emel