05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Pengurusan Jenazah @TTDI

jenazah1

2 Disember 2017 (Sabtu) - Masjid At-Taqwa TTDI telah menganjurkan Kursus Pengendalian Jenazah siri 2/2017 1439H. Kursus Pengendalian Jenazah ini dipimpin Oleh YBhg. Ustaz Marngi bin Wasim dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Jenazah Masjid At-Taqwa yang diketuai oleh Hj. Hasbullah bin Taib.

 

Seramai 32 orang peserta terdiri daripada muslimin dan muslimat dari pelbagai peringkat umur telah mengikuti kursus ini sejak dari pagi hingga lewat petang bermula dari bilik kuliah Hajah Asiah Masjid At-Taqwa hingga ke lapangan (Perkuburan Bukit Kiara). Bermula dari “Adab Ziarah Pesakit” sehingga “Menguburkan Jenazah”.

 

Semoga ilmu yang dicurahkan mendapat rahmat dan memberi semangat kepada peserta, yakin dalam menguruskan jenazah, terutamanya dari kalangan ahli keluarga. Pihak Masjid At-Taqwa TTDI menjemput jemaah sekalian untuk bersama-sama menguruskan jenazah bila-bila masa sahaja.

 

jenazah222 jenazah333
jenazah444 jenazah555

Disediakan oleh :

Masjid At-Taqwa TTDI, Kuala Lumpur &

Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6, JAWI.


Cetak   Emel