05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Moh Sunat Atan...!

 

mohsunat

3 Disember 2017 (Ahad) - Masjid Jamek al-Khadijiah dengan kerjasama Persatuan Vespa Wilayah Persekutuan telah menganjurkan MOH SUNAT ATAN!#bersunatuntukkesihatan. Program yang telah mendapat tajaan utama daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) ini telah disertai seramai 53 peserta yang terdiri daripada anak kariah dan kawasan sekitar.

Kemeriahan majlis ini terserlah, dengan perarakan peserta khatan menaiki vespa mengelilingi kampung pantai dalam. MOH SUNAT ATAN! kali ini dianjurkan bertemakan busana tradisional Melayu juga mengadakan pertandingan Vespa paling lambat dan vespa cantik serta menyediakan aktiviti memanah dan permainan tradisional lain seperti permainan congkak,teng-teng,dam ular dan dam haji.

 

Selain itu,peserta khatan yang tidak menangis juga mendapat hadiah kategori Peserta paling ‘cool’. Selain dari DBKL,Jabatan Bomba,JPJ,PTPTN, dan gerai jualan turut hadir memeriahkan program. Program yang diadakan pada setiap tahun ini telah dirasmikan oleh Ybhg Dato’ Hj Zulkifli bin Ismail(Pengerusi Jawatankuasa Kariah)dan telah berakhir pada jam 4.00 petang.

mohsunat1 mohsunat2
mohsunat4 mohsunat5

 

Disediakan oleh :

Masjid Jamek al-Khadijiah, Pantai Dalam, Kuala Lumpur &

Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6, JAWI.


Cetak   Emel