05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Ibrah Disebalik Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.

KHAILIL1

 

30 November 2017 (Khamis) - Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah, Kg. Sungai Penchala telah menganjurkan Ceramah Khas sempena Kelahiran Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W. Pendakwah yang tidak asing lagi iaitu Y.Bhg. Ustaz Khailil Razak telah diundang bagi menyampaikan ceramah berkenaan.

 

Dalam ceramah tersebut Ustaz Khailil telah berkongsi 6 amalan bagi memupuk anak menjadi anak yang soleh dan keluarga yang harmoni serta sentiasa diberkati iaitu :

1. Sentiasa mengamalkan makan bersama keluarga.
2. Sentiasa mengamalkan doa, antaranya Doa Pecah Batil iaitu "Ya Allah pecahkanlah batil-batil yang ada pada anakku dan disekeliling anakku".
3. Sentiasa amalkan Zikir Nabi Yunus A.S.
4. Sentiasa memberi tanggapan yang baik pada anak-anak (takdir Allah mengikut sangkaan hambanya).
5. Adakan majlis taklim dalam rumah setiap hari (bacaan hadis).
6. Didik anak dan keluarga agar mengenal Allah.

 

Majlis dihadiri oleh lebih 300 orang jemaah setempat dan berakhir dengan solat Isyak secara berjemaah serta menikmati jamuan makan yang disediakan. Mudah-mudahan dengan amalan yang dikongsikan penceramah dapat direalisasikan secara konsisten untuk menzahirkan anak yang soleh dan keluarga yg dirahmati Allah.

 

KHAILIL11 KHAILIL2
KHAILIL3 KHAILIL4

 

Disediakan oleh :

 

Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah, Kg. Sungai Penchala, Kuala Lumpur &

Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6, JAWI.


Cetak   Emel