05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Sunathon Perdana 2017

sunathon1

3 Disember 2017 / 14 Rabiul Awal  (Ahad) - Masjid Al-Imam Ash-Shafie (MAIAS) Taman Maluri dan Surau An-Nur Kompleks Kediaman Kakitangan Awam Jalan Cochrane telah menganjurkan Program Sunathon yang berlangsung di Surau An-Nur. Program ini telah mendapat kerjasama daripada Persatuan Doktor Islam Malaysia, Klinik Kesihatan Desa Pandan, dan Balai Bomba Pudu .

Program bermula jam 7.30 pagi dengan pendaftaran peserta dan pada 8.00 pagi dimulai dengan Majlis Perasmian dirasmikan oleh YBhg Tuan Haji Mohamad Nor bin Ibrahim (Pengerusi MAIAS), turut hadir timbalan pengerusi MAIAS dan pimpinan Surau An-Nur.

Seramai 27 orang peserta berkhatan pada tahun ini. Ini adalah program pertama yang telah diadakan dan mendapat sambutan yang amat baik dari pihak penduduk dan kariah. Syabas diucapkan kepada semua anak-anak yang menempuhi ujian bersunat. Walau ada yang menangis dan sebagainya, itulah kenangan manis yang akan dikenang nanti.

sunathon2 sunathon3
sunathon4 sunathon5

Disediakan oleh :

Masjid Al-Imam Ash-Shafie (MAIAS) Taman Maluri, Kuala Lumpur.


Cetak   Emel