05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

“Abaikan Ahli Keluarga??..Bersiap-Sedialah Ke Neraka!”

shamsul7

28 November 2017 (Selasa) – Siri terakhir program Ceramah Khas Bulanan anjuran Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara untuk tahun ini telah melabuhkan tirainya dengan terlaksananya majlis ceramah khas bertajuk “Ditarik Ke Neraka Dek Ahli Keluarga” yang menampilkan penceramah popular di laman media sosial, TV & Radio iaitu Y.Bhg. Sdr. Syamsul Amri Hj. Ismail@ Syamsul Debat.

Beliau yang juga merupakan Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) adalah anak jati Negeri Sembilan Darul Khusus yang sememangnya dijemput khas bertepatan dengan tema majlis pada kali ini iaitu “Malam Negeri Sembilan”. Majlis yang berlangsung selama 3 jam ini, dijayakan secara bersama oleh anak-anak Negeri Sembilan yang menetap di Bukit Damansara diketuai oleh Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Seri Abu Zahar Bin Ujang. Acara dimulakan dengan ucapan aluan daripada Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Abdul Aziz Bin Abdul Rahman selaku Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara bermula pada jam 7.30 malam dan seterusnya penyampaian ceramah oleh penceramah jemputan. 


Penyampaian intipati ceramah dengan cara ‘mudah faham’, santai dan diselitkan dengan jenaka berilmu dalam loghat Negeri Sembilan pada malam tersebut menyimpulkan bahawa keseriusan dalam mendakwahi ahli keluarga khususnya, adalah perkara yang wajib diistiqamahkan dalam diri kita untuk tidak terjerumus daripada menjadi bahan bakaran api neraka. Mendidik ahli keluarga agar sentiasa mengikut syariat Allah S.W.T, menghidupkan Sunnah Nabi S.A.W, mengukuhkan silaturrahim dan wajib menuntut ilmu agar kita jelas atau sedar akan tanggungjawab yang bakal dipersoalkan di akhirat kelak bukan sahaja tanggungjawab sesama ahli keluarga bahkan muslim yang lain.

 

Kehadiran tetamu telah direkodkan melebihi 600 orang terdiri daripada VVIP, orang awam serta kumpulan mahasiswa & mahasiswi Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak yang turut hadir pada malam tersebut. Majlis diakhiri dengan kemeriahan jamuan makan malam berlaukkan Gulai Daging Masak Lemak Cili Api dan pelbagai menu makanan tradisi Negeri Sembilan yang lain.

shamsul2 shamsul11
shamsul11 shamsul5
shamsul6 shamsul44

Disediakan oleh :

Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara, Kuala Lumpur &

Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6, JAWI.


Cetak   Emel