05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Maulidur Rasul 1439 @Masjid Al-Imam Ash-Shafie

maulud1

27 November 2017M/ 8 Rabiul Awal 1439H (Isnin) – Masjid Al-Imam Ash-Shafie (MAIAS),Taman Maluri telah mengadakan Ceramah Khas Maulidur Rasul 1439H / 2017M bertempat di Dewan Solat Masjid Al-Imam Ash-Shafie Taman Maluri, Kuala Lumpur. Majlis bermula pada jam 7.10 malam hingga 9.00 malam dimulakan dengan  solat maghrib berjemaah,Persembahan Selawat oleh Bilal Masjid Al-Imam Ash-Shafie YBhg Ustaz Abdul Samad bin Awang  dan Ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh YBhg Ustaz Dr Fauzi bin Deraman.

Pada ceramah tersebut, penceramah menerangkan tentang tugas Nabi kepada umatnya serta tugas umat kepada nabi. 300 orang Jemaah yang hadir bagi memeriahkan ceramah ini. Hadir sama pada ceramah khas ini Y.Bhg Tuan Haji Mohamad Nor Bin Ibrahim,Pengerusi Jawatankuasa Masjid Al-Imam Ash-Shafie,barisan Jawatankuasa dan Pegawai serta kakitangan Masjid Al-Imam Ash-Shafie.

Boleh juga menonton ceramah melalui pautan FB live link akses:

https://m.facebook.com/story.php

 

maulud2 maulud3
maulud4 maulud5

Disediakan oleh :

Pentadbiran Masjid Al-Imam Ash-Shafie (MAIAS),

Taman Maluri, Kuala Lumpur


Cetak   Emel