05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

‘Insaf Tidak Bererti Hilang.. Hang Pi Mana?’

subuh1

26 Nov 2017 (Ahad) - Jom Subuh Bagi Penuh 11 Series telah diadakan di Masjid Jamek al-Khadijiah yang telah menampilkan Us Zulkifli Ahmad dan Ijam Medicine. Majlis yang telah bermula pada jam 4.30 pagi dengan berqiamullail dan disusuli forum selepas solat Subuh berjemaah telah dihadiri seramai 400 jemaah Pantai Dalam dan wakil daripada Agensi Dadah Kebangsaan bagi mengikuti program Jom Subuh Bagi Penuh.

Tajuk yang telah dikupas kali ini adalah ‘Insaf Tidak Bererti Hilang..Hang Pi Mana?’ telah banyak mengupas bagaimana pengalaman Ijam Medicine yang telah berhijrah meninggalkan populariti yang kebiasaannya menjadi buruan artis lain tetapi tidak bagi Ijam.

Forum yang berlangsung selama 1 jam setengah ini telah banyak memberi kesan dan inspirasi kepada jemaah dalam terus komited dalam perjuangan dakwah dan cintakan Islam. Selesai forum dan sarapan pagi khas kepada jemaah yang hadir, wakil AADK telah mengadakan gotong royong di Tanah Perkuburan Kawasan C, Jalan Kubur Kg. Pantai Dalam.

subuh2 subuh3
subuh4 subuh5

Disediakan oleh :

Masjid Jamek al-Khadijiah, Pantai Dalam Kuala Lumpur &

Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6, JAWI.


Cetak   Emel