05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Asas Haji 1439H

haji1

25 November 2017- Sabtu : Masjid At-Taqwa TTDI dengan kerjasama Tabung Haji Wilayah Persekutuan (THWP) menganjurkan Kursus Asas Haji 17 Siri bagi tahun 1439H yang diadakan di Dataran Masjid At-Taqwa TTDI. Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBhg. Tuan Haji Ahmad Saufi bin Mustaffa (Ketua Imam Masjid At-Taqwa TTDI). Turut hadir Wakil THWP sebagai pemantau kursus iaitu YBhg Tuan Haji Saifullah dan seluruh Ahli Jawatankuasa Induk Masjid At-Taqwa (JIMAT).

 

Kursus siri pertama bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi. Seramai 100 peserta yang hadir termasuk muslimin dan muslimat. Kursus Asas Haji ini akan berlanjutan sebanyak 17 siri (17 minggu) sehingga pada 18 Mac 2018. Penyertaan masih dibuka kepada seluruh jemaah khususnya dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk hadir, kerana kursus ini terbuka kepada semua golongan sama ada yangsudah terpilih atau belum terpilih untuk menunaikan ibadah haji pada tahun hadapan.

 

haji2 haji3
haji4 haji5

Disediakan oleh :

Masjid At-Taqwa TTDI, Kuala Lumpur &

Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6, JAWI.


Cetak   Emel