05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Sempena Cuti Sekolah: Program Berkhatan Perdana 2017

KHATAN1

26 November 2017 (Ahad) - Masjid At-Taqwa TTDI telah menganjurkan Program Khatan Beramai-ramai yang berlangsung di Dataran Masjid At-Taqwa dan Perpusatakaan Masjid. Program ini telah mendapat kerjasama daripada Poliklinik NU Sentral Kuala Lumpur, Balai Polis TTDI, Balai Bomba TTDI dan McDonalds TTDI. Program bermula jam 7.30 pagi dengan pendaftaran peserta dan pada 8.00 pagi dimulai dengan Majlis Perasmian dirasmikan oleh YBhg Tan Sri Abi Musa Asa’ari bin Mohamed Nor (Pengerusi JIMAT), turut hadir seluruh Ahli Jawatankuasa JIMAT dan Pimpinan daripada Poliklinik NU Sentral iaitu YBhg Dr. Jeffri.

Sebanyak 3 buah pacuan empat roda dan 4 buah motorsikal polis trafik telah membawa peserta mengelilingi Taman Tun Dr. Ismail bagi meraikan anak-anak yang akan berkhatan. Seramai 39 orang peserta berkhatan pada tahun ini, berbanding pada tahun lepas seramai 32 orang. Ini bermakna program ke-2 ini telah mendapat sambutan yang amat baik dari pihak kariah. Pihak Masjid At-Taqwa mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir.

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua anak-anak yang berjaya kesemuanya menempuhi ujian bersunat! Walaupun ada yang menangis dan sebagainya, itulah kenangan manis anda bersama kami! Selamat datang ke alam dewasa! Pihak Pengurusan Masjid At-Taqwa mendoakan anda semua menjadi anak dan orang yang soleh berjaya di dunia dan akhirat!

 

KHATAN2 KHATAN3
KHATAN4 KHATAN5

Disediakan oleh :

Masjid At-Taqwa TTDI, Kuala Lumpur &

Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6, JAWI.


Cetak   Emel