05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Unity Convention 2017: “Menyatukan Ummah, Menghubungkan Dunia”

 
UnityConv1

28 November 2017 I 9 Rabiul Awwal 1439H – Hidayah Centre Foundation (HCF) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah berjaya menganjurkan Unity Convention 2017 selama dua hari pada 25 dan 26 Oktober 2017 (Sabtu dan Ahad) bertempat di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Program yang julung kali diadakan ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dato' Haji Othman Bin Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Turut hadir, YBrs. Tuan Haji Nicholas Sylvester bin Abdullah, Pengerusi HCF yang telah menyampaikan ucapan aluan serta turut diserikan dengan ucaptama Mufti Wilayah Persekutuan, YBhg. Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri.

Program dua hari tersebut telah dihangatkan oleh kehadiran pendakwah terkenal yang diterbangkan khas daripada pelbagai negara seperti Dr. Shabir Ally, Presiden The Islamic Information & Dawah Centre International (Kanada), Dr. Tawfique Chowdury, Pengerusi Eksekutif Mercy Mission (Australia), dan Sheikh Ossama Al-Azzouni, CEO Al-Azzouni Engineering (Arab Saudi), sebagai panelis yang membincangkan tajuk-tajuk mengenai kemahiran dakwah kepada masyarakat dunia yang mempunyai latar belakang berbeza.

Dengan tema ‘Menyatukan Ummah, Menghubungkan Dunia’, pihak penganjur telah berjaya menghimpunkan kira-kira 1000  peserta daripada seluruh masyarakat Malaysia yang beragama Islam dari pelbagai bangsa.

HCF mengambil inisiatif ini untuk membuka peluang kepada masyarakat umum untuk mendalami dan mengetahui dengan lebih dekat dakwah kepada masyarakat bukan Islam di Malaysia. Selain itu, konvensyen ini berfungsi sebagai platfom untuk para pendakwah dan masyarakat bertukar pandangan dan buah fikiran dalam memajukan dakwah kepada masyarakat bukan Islam di tanah air Malaysia yang tercinta.

 

UnityConv2 UnityConv3
UnityConv4 UnityConv5
   
   

Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel