05:51
Imsak
06:01
Subuh
13:20
Zohor
16:36
Asar
19:26
Maghrib
20:37
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Team Building Guru-Guru SIRAJ Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan 2017

gbt 1

27 November 2017 –Bahagian Pelajaran, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengadakan Kursus Team Building Guru-guru SIRAJ Jabatan Agama Islam, Wilayah Persekutuan  pada 24-26  November 2017 di Institut Latihan Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kajian Tempatan (I-KPKT) di Berjaya Hills, Bukit Tinggi Pahang.  Kursus ini telah dihadiri oleh Pegawai-pegawai,  Penolong Pegawai, Pegawai Penyelaras Pendidikan Zon (PPPZ), Pembantu Tadbir dan guru-guru Sekolah Integrasi Rendah Agama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (SIRAJ).

Kursus ini bertujuan membentuk guru supaya dapat menumpukan pembangunan rohani dan jasmani secara seimbang, supaya dapat  memberi kefahamanan yang lebih mendalam kepada peserta mengenai kerja sebagai satu ibadah di samping dapat menjelaskan komunikasi serta etika kerja sebagai seorang guru.   Kursus ini disampaikan oleh Penceramah  dari Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) iaitu Ustaz Alhuzaee bin Sulaiman, Tn.Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pelajaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Tn. Hj Mohd Aminuddin bin Katan Guru Besar Sekolah Integrasi Agama Saidina Uthman Bin Affan. Kursus ini telah dirasmikan oleh Ustaz Muhamad Zakuwa bin Rodzali Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pelajaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Kursus seperti ini penting dan harus diadakan lagi pada masa akan datang kerana ianya dapat membentuk sahsiah dan hasil kerja guru ke arah yang  lebih   berkualiti, cemerlang, gemilang dan terbilang di dunia dan di akhirat.

gbt 2 gbt 3
gbt 4 gbt 5
gbt 6 gbt 7

Disediakan Oleh:

Unit Pembangunan Guru,
Bahagian Pelajaran,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel