05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Gembira Di Rabi' 1St

SNIZAM1

 

 

19 November 2017 (Ahad) - Masjid Al-Hidayah Kg. Sg. Penchala telah menganjurkan Program Ceramah Perdana Sempena Kedatangan bulan yang indah iaitu bulan Rabi'ul Awwal yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohammad Neezam Al-Banjari, Penasihat Ibnu Sina Institutes Kulim Kedah.

Tujuan program ini dianjurkan ialah untuk memberi pendedahan kepada ahli kariah tentang betapa perlunya bergembira di Rabi'ul Awwal sebagai tanda syukur atas kelahiran Baginda Nabi Muhammad S.A.W. Disamping mengisahkan tentang beberapa kisah Cinta Makhluk lain terhadap Rasulullah S.A.W, hadirin diajak menghayati qasidah pujian terhadap kesempurnaan jasad dan perilaku Baginda S.A.W.

Program yang berlangsung hampir 2 jam 30 minit bermula jam 8 malam dirasakan oleh para hadirin yang menjangkau 200 orang lebih, hanya seketika kerana menghayati kerinduan kepada Baginda Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudah dengan program ini ahli kariah menyedari bahawa kecintaan kepada Baginda Nabi S.A.W adalah satu kewajipan yang patut diusahakan.

 

SNIZAM2 SNIZAM3
SNIZAM4 SNIZAM5

 

 

 

 

 

 

Disediakan oleh :

Masjid Al-Hidayah Kg. Sg. Penchala, Kuala Lumpur &

Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6 JAWI.

 


Cetak   Emel