05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Warga TTDI Bersama Imam Besar Masjid Negeri Selangor

SYEIKH1

 

19 November 2017 - Ahad : Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail telah mengadakan Qiyamullail & Kuliah Subuh Perdana yang dipimpin oleh YBhg Ustaz Sheikh Abdul Karim Al-Makki (Imam Masjid Negeri Selangor). Program telah bermula jam 4.15 pagi di dewan solat utama Masjid At-Taqwa TTDI.

YBhg. Tan Sri Abi Musa Asa’ari (Pengerusi Masjid At-Taqwa) bersama Ahli Jawatankuasa JIMAT turut hadir dalam program tersebut. Seramai 500 orang jemaah telah hadir dalam program yang dianjurkan terdiri daripada pelbagai golongan termasuk belia-remaja Masjid At-Taqwa TTDI.

YBhg Sheikh yang terkenal dengan suaranya yang merdu sama seperti imam-imam masjidilharam telah memimpin Qiyamullail dengan pelbagai suara imam dialunkan ketika memimpin solat tahajjud pada pagi itu membuatkan jemaah merasa seperti di masjidilharam makkah yang sebenar. Di dalam kuliah beliau mengajak para jemaah sekalian untuk membawa anak-anak sedari kecil dekat kepada masjid dan mencintai masjid. Tidak lupa juga belajar mempelajari AlQuran sehingga mahir.

 

SYEIKH2 SYEIKH3
SYEIKH4 SYEIKH5
   

 

Disediakan oleh :

Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur &

Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6 JAWI.

 


Cetak   Emel