FORUM PERDANA MAULIDUL RASUL @ PADANG BALANG
![]()
1 Disember 2017 (Jumaat) – Masjid Saidina Ali K.W. dengan kerjasama Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2 telah mengadakan Forum Perdana Maulidul Rasul di dewan solat utama Masjid Saidina Ali K.W. Kampung Padang Balang Sentul Kuala Lumpur. Majlis yang bermula jam 8.00-9.00 malam ini telah berjaya menghimpunkan seramai 300 orang anak jemaah Kampung Padang Balang Sentul dan penduduk sekitar Sentul untuk hadir bersama-sama mengimarahkan masjid. Dua orang ahli panel jemputan yang telah menjayakan forum tersebut ialah Ybhg. Ustaz Dr. Muhammad Fathi Yusof dan Ustazah Ros Izanuri Jamaludin. Dengan adanya majlis ilmu seperti ini anak jemaah dapat mengenali dengan lebih dekat dengan Baginda Rasulullah S.A.W dan dapat mencontohi sifat-sifat yang terpuji baginda.
Pejabat Pentadbiran Masjid & Surau Pusat Zon 2, Bahagian Pengurusan Masjid JAWI
|