05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MESYUARAT PENYELARASAN BAHAGIAN PERKAHWINAN DAN PEMBANGUNAN KELUARGA, JAWI DAN MAHKAMAH SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN BIL. 1/2017

 

21 November 2017 telah berlangsungnya Mesyuarat Penyelarasan Isu-Isu Nikah Cerai Dan Ruju' (NCR) serta Jawatankuasa Pendamai (JP) bil. 1/2017 dengan keahlian Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga (BPPK) JAWI, Bahagian Penguatkuasaan JAWI, Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (Japens WP) dan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP). Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YAA Datuk Mohammad bin Ibrahim, Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Delegasi JAWI diketuai oleh Dr. Abdul Ghaffar bin Surip, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga JAWI. Manakala Tuan Zainur Rashid bin Hassin, Pendakwa Syarie, mewakili Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan dan Ustaz Kori bin Jusoh, Ketua Penguatkuasa Agama, mengetuai Bahagian Penguatkuasa JAWI.

Mesyuarat ini merupakan satu medium untuk menyelaras urusan kerja yang berkaitan dengan Perkahwinan, perceraian dan Ruju’ serta Jawatankuasa Pendamai yang melibatkan tiga agensi ini. Fokus utama yang dibincangkan adalah berkaitan Pengurusan Pelaksanaan Permohonan Perintah Pengesahan dan Pendaftaran Perkahwinan (4P).

Semoga kerjasama yang terjalin antara JAWI, Japens WP dan MSWP dapat melancarkan sistem pengurusan NCR yang mantap dan bersistematik. Disamping keputusan-keputusan yang dipersetujui menghasilkan sistem penyampaian yang terbaik dan berkesan kepada masyarakat awam khususnya dalam urusan NCR.

   

 

 

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK)

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

 


Cetak   Emel