05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Pengumuman UPSRA 2017 Sekolah Rendah Agama, Sekolah Rendah Agama Islam dan KAFA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan

UMUM 1

21 November 2017 – Majlis pengumuman Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) dilakukan di sekolah terbaik di SRA Al-Ghazali Bandar Manjalara, Kepong pada 16 November 2017. Sebanyak 1081  daripada 6,836 calon yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) tahun ini di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya memperoleh 7A dalam semua mata pelajaran berbanding  tahun 2016 seramai 743 orang. Manakala calon yang memperolehi 6A seramai  714 orang meningkat dari 479 orang pada tahun 2016.

Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ybrs. Tn. Haji Yusof bin Mamat berkata peratus kelulusan keseluruhan tahun ini menurun 92.8 peratus  tahun 2016 kepada 92.3 peratus pada tahun ini menurun 0.5 peratus..

Mata pelajaran Al-Quran berjaya mengekalkan 100 peratus lulus bagi semua calon bagi enam tahun berturut-turut, manakala peratus kelulusan bagi mata pelajaran Tajwid (87.9 peratus), Akhlak (95.8 peratus), Feqah (92.6 peratus), Tauhid (92.7 peratus), Bahasa Arab (91.6 peratus) dan Sirah (85.3 peratus).

Sepuluh  Sekolah Rendah Agama terbaik keseluruhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya  diungguli oleh SRA Al Ghazali, Kepong; SRA al-Najah ,Putrajaya ;SRA AL-Suyuthi, Kampung Pandan; SRA Al-Ghufran, Pinggir Taman Tun Dr Ismail; SRA al-Furqan, Putrajaya; SRA Salahuddin Al-Ayubi Taman Melati; SRA Al-Taqwa, Gombak; SRA Al- Mukhlisin,Bandar Tun Razak; SRA Ibnu Majah, Jalan Kuching dan SRA Al-Syafie, Taman Maluri.

Tiga sekolah terbaik SRAI Labuan  iaitu SRAI Nurul Falllah, Bukit Kalam; SRAI Darul Ulum, Membedai dan SRAI At-Taufiqiah, Sungai Miri.Manakala bagi kategori KAFA diungguli oleh KAFA Nurul Salam, Wangsa Maju; KAFA Al-Islah dan KAFA SK Bintang Utara

Seramai sepuluh calon terbaik UPSRA 2017 diumumkan yang diungguli oleh Nurfarzana Aliah binti Shamsul(97.86%); Akida binti Mohd Ramlee(97.71%); Muhammad Imran bin Abd Wahab(97.43%); Ahmad Syazwan bin Shamsudin(97.14%); Nur Fatiha Husna binti Azrul(97%); Muhammad Adib Hakimi bin Jasni(97%); Abdul Hafiz bin Mohd Razali(96.66%); Nur Faadania binti Muhammad Fuaad(96.71%); Nuriffah Batrisya Afrina binti Manzurul Hasry(96.71%) dan Ahmad Faiz Hakimi bin Adnan (96.71%);

UMUM 2 UMUM 3
UMUM 4 UMUM 5
UMUM 6 UMUM 7

Disediakan Oleh:

Bahagian Pelajaran,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel