05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI Kongsi Ilmu Urus Jenazah Sebagai Khidmat Kepada Masyarakat

 
KPJPerdana1

20 November 2017 I 1 Rabi’ul Awwal 1439H – Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI melalui Unit Kebajikan Islam dengan kerjasama Pertubuhan Khairat Kematian Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah Perdana dan Khidmat Masyarakat di Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai, Cheras, Kuala Lumpur pada 18 November 2017 (Sabtu).

 

Program yang bermula pada jam 8.30 pagi telah dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dato' Haji Alimuddin Bin Haji Mohd Dom, Pengerusi Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai. Turut hadir, YBrs. Tuan Kamaldin bin Mohd Damin, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI.

Kursus pengurusan jenazah tersebut yang merupakan salah satu program utama dalam program khidmat masyarakat pada kali ini telah memuatkan beberapa aktiviti antaranya penerangan ilmu pengurusan jenazah secara teori dan praktikal, aktiviti di booth pameran Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI, kuiz serta penyampaian hadiah.

Sesi penerangan secara teori telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Marngi bin Wasim manakala semasa sesi simulasi, peserta telah dibahagikan kepada empat (4) kumpulan yang dibimbing oleh Al-Fadhil Ustaz Marngi bin Wasim, Al-Fadhil Ustaz Mohamad Rosly bin Omar, Ustazah Ruzeeta binti Saad dan Ustazah Norhalimi binti Che Pi.

Diharapkan kursus dan program seperti ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat terutamanya anak kariah masjid tersebut dan dapat menimbulkan kesedaran sebagai persediaan menghadapi situasi sebenar di saat keluarga dan masyarakat memerlukan. 

 

KPJPerdana2 KPJPerdana3
KPJPerdana4 KPJPerdana5
 KPJPerdana6  KPJPerdana7

Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel