05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Praktikal Sembelihan Dan Mandi Hadas Murid Tahun 6 SRA Abdul Rahman bin ‘Auf

ar 1

16 November 2017M – Sekolah Rendah Agama Abd. Rahman bin ‘Auf telah mengadakan Program Praktikal Sembelihan dan mandi hadas untuk murid tahun 6 yang akan menamatkan persekolahan akhir tahun ini. Program ini telah diadakan pada 14 November 2017  yang disertai seramai 58 orang murid tahun 6 SRA Abd. Rahman bin ‘Auf.

            Bengkel ini telah dibantu dan diuruskan oleh 25 orang guru serta kakitangan SRA Abd. Rahman bin ‘Auf. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan dan memantapkan lagi penghayatan hidup berlandaskan tuntutan Islam yang sebenar khususnya asas fardhu ain dan fardhu kifayah kepada murid tahun 6 yang akan meniti usia remaja apabila keluar dari SRA nanti disamping dapat mengukuhkan kefahaman ibadah dari segi teori dan praktikal.

            Program seperti ini penting dan harus diadakan setiap tahun kerana program ini merupakan program yang dilaksanakan secara amali diluar bilik darjah serta pendedahan terus kepada murid-murid. Semoga program yang dijalankan ini akan mendapat input yang berguna sebagai sentuhan terakhir bagi murid tahun 6 sebagai bekalan untuk meniti masa hadapan.

ar 2 ar 3
ar 4 ar 5
ar 6 ar 7
Disediakan oleh:
Bahagian Pelajaran,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel