05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

OKU Pendengaran Sertai Kursus Pra-Perkahwinan Islam

 
KahwinOKU1

 

15 November 2017 I 26 Safar 1439H – Bahagian Pengurusan Dakwah melalui Cawangan Hadhari dan Kefahaman Islam dengan kerjasama Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (PRISMA) serta Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga JAWI telah berjaya menganjurkan Kursus Khas Pra-Perkahwinan Islam OKU (Pendengaran) selama dua hari pada 13 dan 14 November 2017 (Isnin dan Selasa) bertempat di Dewan Jejantas JAWI, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.

 

Seramai 47 orang peserta yang merupakan OKU (Pendengaran) telah menyertai kursus tersebut. Majlis perasmian program dan penyampaian sijil kursus telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Yusof bin Mamat, Timbalan Pengarah Operasi JAWI pada hari kedua kursus.

Menariknya, kursus ini disampaikan dalam dua kaedah iaitu slot ceramah lisan dengan terjemahan oleh jurubahasa isyarat yang disampaikan oleh pegawai-pegawai dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga JAWI serta Dr. Amaluddin bin Abd. Rahman dari Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM). Manakala kaedah kedua ialah ceramah dalam bahasa isyarat oleh OKU Pendengaran daripada PRISMA iaitu, Encik Marzuki Ong bin Maliki Ong, Yang Di-Pertua PRISMA, Encik Mohd Azhar Bin Ismail, Timbalan Yang Di-Pertua PRISMA dan Encik Aqlam bin Jafri, Bendahari PRISMA.

Diharapkan program seumpama ini dapat mengajak golongan OKU bersama-sama merasai tanggungjawab bagi melaksana tuntutan Islam secara menyeluruh dan memberi kefahaman berkaitan ilmu rumah tangga serta membuktikan JAWI komited menyebarluaskan dakwah Islamiah kepada semua golongan masyarakat tanpa meminggirkan golongan OKU seperti mereka. 

 

 

KahwinOKU2 KahwinOKU3
KahwinOKU4 KahwinOKU5
 kahwinOKu6  KahwinOKU7
KahwinOKU8 KahwinOKU9

Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel