05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Training Of Trainers “Mualij”

 

13 NOV 2017-Program Training Of Trainers “Mualij” kepada Pembantu dan Pegawai Runding Cara Syarie (PRCS), Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sedang berjalan mulai 8 November 2017 hingga 21 November 2017. Program yang diurus setiakan oleh Cawangan Runding Cara Syarie dan Ilaj Wa Syifa ini dipimpin oleh Ustaz Abd Halim Bin Zakaria, Penceramah Bebas dan Pengamal Perubatan Islam. Program ini dijalankan dengan tujuan untuk memberi latihan dan kemahiran sebagai “Mualij” secara amali semasa sesi RCS dijalankan ke atas klien-klien. Program bermula jam 8.30 pagi dengan pegawai dan kakitangan BPPK JAWI berkumpul untuk bacaan Surah Yasin, ayat-ayat Syifa / Rukyah, zikir dan doa secara berjemaah dengan niat memohon supaya Allah SWT memberi segala kebaikan dan kesembuhan kepada setiap diri peserta dan klien. Sebelum sesi RCS dijalankan klien-klien terlebih dahulu diberimaklum mengenai sesi mendengar bacaan ayat-ayat Syifa / Rukyah yang ditawarkan. Hanya klien yang berminat dan bersetuju sahaja sesi ini dilaksanakan yang berjalan sekitar 10 minit sebelum sesi RCS. Setiap klien yang mengikuti sesi ini akan dibekalkan sebotol air mineral yang didoakan beramai-ramai sebelumnya. 

Disediakan Oleh :

Cawangan Pembangunan Keluarga Islam Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel