05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Advokasi Kekeluargaan Islam: “Menggapai Tangan Menginjak Realisasi Hak”

 

1

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Program Advokasi Kekeluargaan Islam:“Menggapai Tangan Menginjak Realisasi Hak”. Program ini telah diadakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) yang mana pesertanya dihadiri seramai 300 orang dari JPWPKL. Program ini bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada 1.00 petang di Dewan Auditorium Tan Sri Abdul Rafie JPWPKL. Program ini telah diisi dengan dua pengisian iaitu slot ceramah yang disampaikan oleh Tuan Hazman bin Hashim, Pendaftar Perkahwinan,Perceraian dan Ruju’ Orang Islam Jabaatn Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan tajuk “Pergolakan rumah tangga: bertahan atau berpisah?”. Manakala slot kedua ialah forum yang disampaikan oleh Puan Suzana binti Ghazali, Perunding Psikologi Keluarga dan Peguam Syarie melalui moderator Tuan Mohd Ihsan Bin Mohamad Daud, Pendakwa Syarie Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan dengan tajuk “isteri nusyuz vs. suami nusyuz”.

Objektif program ini adalah untuk memberi penerangan tentang undang-undang kekeluargaan Islam dari aspek perundangan Islam yang berlandaskan Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. Ia juga memberi kesedaran tentang kepentingan peranan dan tanggungjawab suami dan isteri dalam rumah tangga bersandarkan kepada al-Quran, as-Sunnah serta undang-undang keluarga Islam disamping memberi panduan kepada para suami dan isteri serta ahli keluarga mengenai hak-hak dalam rumah tangga demi untuk merealisasikan keluarga bahagia dan harmoni. Malah program ini adalah untuk menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan advokasi kepada komuniti serta mendekatkan diri dengan masyarakat. Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Operasi JAWI, Tuan Haji Yusof bin Mamat dan turut hadir bersama Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, Dr. Abdul Ghaffar bin Surip.

2 3
4 5
6 7
8 12

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)


Cetak   Emel