05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Kefahaman Islam Remaja Di PPR Hiliran Ampang Blok A

 

7 November 2017 I 18 Safar 1439H – Bahagian Pengurusan Dakwah melalui Cawangan Hadhari dan Kefahaman Islam dengan kerjasama Surau Al-Firdaus PPR Hiliran Ampang Blok A dan Persatuan Penduduk Hiliran Ampang telah berjaya menganjurkan Program Kefahaman Islam Remaja  pada 29 Oktober 2017 (Ahad) bertempat di Surau Al-Firdaus Blok A PPR Hiliran Ampang, Kuala Lumpur.

Seramai 120 orang peserta yang berumur dari 9 hingga 18 tahun telah menyertai program tersebut. Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh Al-Fadhil Ustaz Kamaldin bin Mohd Damin, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI.

Program ini merangkumi tiga (3) slot, slot 1 dan 2 merupakan pengisian berbentuk ceramah bertajuk “Psikologi dan Remaja” serta “Psikologi Cinta dan Remaja” manakala slot 3 disampaikan dalam bentuk Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang mana kesemua slot dikendalikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Yusri Hafiz bin Yusoff, Imam Masjid Al-Rahmah, Damansara Baru yang juga merupakan Pengarah Urusan Faqih Synergies Training & Consultancy.

Diharapkan inisiatif seperti ini dapat dijadikan platform untuk mendekati golongan remaja/belia dan sedikit sebanyak dapat mengatasi masalah sosial yang semakin hari semakin menghimpit mereka.

 

   

Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel