05:51
Imsak
06:01
Subuh
13:20
Zohor
16:36
Asar
19:26
Maghrib
20:37
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Tenaga Pengajar Kelas Saudara Baru Mantapkan Teknik Mengajar

 
totSB1

 

7 November 2017 I 18 Safar 1439H (Selasa) – Bahagian Pengurusan Dakwah melalui Cawangan Kebajikan Saudara Baru (CKSB) telah berjaya menganjurkan kursus Training of Trainer Pembimbing Modul Pengajian Saudara Baru Wilayah Persekutuan Tahun 2017 pada 27 hingga 29 Oktober 2017 bertempat di Kompleks Darul Hidayah, Sentul, Kuala Lumpur.

Seramai 30 orang tenaga pengajar kelas pengajian Saudara Baru di bawah kelolaan JAWI dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan telah menyertai kursus ini dengan jayanya, termasuklah tenaga pengajar dari NGO seperti Hidayah Centre Foundation, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Angkatan Belia Malaysia (ABIM), Persatuan Cacat Pendengaran Islam Malaysia (PRISMA), Amaniah Muallaf Care Centre (AMCC), Persatuan Cina Muslim (MACMA) dan Multiracial Reverted Muslims (MRM).

Kursus ini diadakan bertujuan untuk menyeragamkan isi kandungan modul pengajaran formal kepada Saudara Baru serta memantapkan ilmu pengetahuan dan kemahiran di kalangan tenaga pengajar.

Tenaga pengajar kursus ini terdiri daripada para pensyarah dari Institut Pendidikan Guru (IPG), Kampus Pendidikan Islam, Bangi dan para peserta telah didedahkan dengan pelbagai teknik, kaedah dan strategik pengajaran yang sangat berkesan dalam proses penyampaian ilmu kepada para pelajar.

Majlis perasmian penutupan kursus ini telah disempurnakan oleh Al-Fadhil Ustaz Kamaldin bin Mohd Damin, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI.

Berdasarkan maklum balas para peserta, mereka sangat berpuas hati dengan pengisian yang telah disediakan. Diharapkan agar ilmu yang diperolehi dapat digunakan dengan sebaiknya dalam proses pengajaran kepada para muallaf.

 

 

totSB2 totSB3
totSB4 totSB5
   

Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 

 


Cetak   Emel