05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Pemantauan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Di Sekolah Integrasi Rendah Agama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ( SIRAJ )

stan 1

07 November 2017 / 18 Safar 1439H. Bahagian Pelajaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengadakan pemantauan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) kepada empat buah Sekolah Integrasi Rendah Agama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ( SIRAJ )  pada 31 Oktober 2017 hingga 03 November 2017. Sekolah tersebut adalah SIRAJ Saidina Uthman Bin Affan, Siraj Al-Alusi, SIRAJ Abdullah Ibnu Abbas dan SIRAJ Abu Dzar Al-Ghifari. Pemantauan ini dijalankan oleh Unit Akademik dan Kurikulum Bahagian Pelajaran.

Pemantauan kali ini bertujuan untuk meninjau pelaksanaan sebenar di sekolah dan membimbing cara pengurusan Buku Rancangan Mengajar ( BRM ), Rancangan Pengajaran Tahunan ( RPT ), Buku Aktiviti dan Buku Tulis mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ). Penekanan adalah kepada  mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Diharapkan usaha ini dapat membantu guru-guru SIRAJ memantapkan pengurusan pengajaran dan pembelajaran ( PdP ) dengan lebih berkesan dan terancang demi memastikan pendidikan di SIRAJ menghasilkan anak-anak yang cemerlang di dunia dan akhirat.

stan 2 stan 3
stan 4 stan 5
stan 6 stan 7

Disediakan Oleh:

Bahagian Pelajaran,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel