05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Intensif Akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah

akidahh11

4 November 2017 (Sabtu) - Masjid Al-Hidayah Kg. Sg. Penchala KL dengan kerjasama Ahli Sunnah Research Group (ARG) menganjurkan Kursus Intensif Akidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah dibawah pimpinan Kiyai Nur Hidayat Muhammad. Beliau antara Penyelidik ARG dan juga merupakan Ketua Jawatankuasa Fatwa Majlis Ulama Indonesia (cabang Sragen).

 

Kursus yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang ini memberi pemahaman kepada peserta berkenaan Akidah Ahlus Sunnah wa Jama'ah terutama bab Sifat 20, kaedah memahami Ayat Mutasyabihat dan perbahasan berkaitan Tauhid Tiga.

 

Pada mulanya program ini ingin dianjurkan secara berskala kecil di Bilik Kuliah Masjid dengan 40 hingga 50 orang namun terpaksa berpindah ke Dewan Solat Utama kerana menerima penyertaan yang amat menggalakkan iaitu melebihi 110 orang peserta.

 

Pihak masjid amat berbesar hati menerima kerjasama daripada pelbagai pihak di dalam menjalankan kerjasama untuk mengimarahkan rumah Allah S.W.T berkhidmat kepada masyarakat di dalam menyampaikan ilmu.

 

akidahh1 akidahh2
akidahh3 akidahh4

Disediakan oleh :

Pentadbiran Masjid Al-Hidayah, Kg. Sungai Penchala &

Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6, JAWI

 


Cetak   Emel