05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Lawatan Penanda Aras Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, JAWI ke Bahagian Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Perak.

1

31 Oktober 2017M/10 Safar 1439H (Selasa) seramai 9 orang pegawai dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan lawatan penanda aras ke Bahagian Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) yang diketuai oleh Ustazah Sharidah binti Zainal Abidin, Ketua Penolong Pengarah, BPPK.

Tujuan utama lawatan ini adalahuntuk berkongsi informasi berkaitan urusan perkahwinan, perceraian dan ruju’ yang dilaksanakan di JAIPk serta mempelajari inovasi-inovasi yang telah dilaksanakan. Selain daripada itu, turut bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu perkahwinan antara kedua-dua bahagian.

JAIPk diketuai oleh Tuan Haji Zakaria bin Abd Razak, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Keluarga merangkap Ketua Pendaftar Perkahwinan Perceraian dan Ruju’  (KPNCR) Negeri Perak. Turut serta Ustaz Fakhrulzaman bin Abu Mansor,  Penolong Pengarah Kanan, Ustaz Rozaini bin Ibrahim, Penolong Pengarah dan Ustaz Mohamad Azam bin Mohamed Penolong Pengarah, serta kakitangan Bahagian Pembangunan Keluarga, JAIPk.

Semoga lawatan ini akan mengeratkan lagi hubungan antara JAWI dan JAIPk serta hasil perkongsian dan perbincangan dari lawatan ini, diharapkan  pengurusan perkahwinan, perceraian dan ruju’ di JAWI akan lebih efisyen dan sistematik.

2 3
4 5

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel